Rabu, Jun 03, 2009

Titik hitam @ kejayaan

Sesuatu kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. Jika ia semudah itu, maka tak perlulah kita bersusah payah untuk mengejarnya. Adakalanya, kita perlukan pengorbanan dan persefahaman dari banyak pihak untuk mencapainya. Misalnya, ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, sanak saudara dan sebagainya. Sokongan moral dari orang tersayang ini ibarat cahaya yang menerangi laluan ke arah kejayaan dan ini membantu kita mengatur langkah yang lebih teratur dan mantap.

Dalam laluan menempa kejayaan ini, ada juga yang mengalah dengan cabaran dan dugaan yang datang. Kegigihan serta disiplin yang kuat adalah perlu dalam memastikan kita tidak tersasar jauh dari matlamat yang telah ditetapkan. Fikirkan masa depan yang lebih cerah dihadapan, peluang peningkatan diri yang lebih baik serta kepuasan diri yang bakal dikecap. Pendek kata, fikirkan segala yang positif yang sedia menanti di hujung sana. Dengan berfikiran positif, laluan ke arah kejayaan akan menjadi lebih terang dan jelas.

Kita sebenarnya memerlukan formula tertentu untuk mencapainya. Kejayaan adalah ibarat satu titik hitam yang menanti dihujung garisan di sebelah sana. Bayangkan satu garis lurus di hadapan yang kita perlu lalui untuk sampai ke titik hitam berkenaan. Walau apa pun rintangannya, kita akan sentiasa cuba untuk menghadapinya dengan cekal dan sabar. Anggaplah ia sebagai cabaran yang harus ditempuhi yang juga merupakan sebahagian dari proses pembelajaran bagi mengukuhkan lagi minda, pengetahuan dan ketahanan diri.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu kita untuk mencapai ke titik hitam @ kejayaan itu :-

1 - Percaya kepada diri sendiri. Belajarlah untuk benar-benar percaya pada diri dan kebolehan anda. Katakan pada diri "Aku boleh berjaya", "Aku yakin boleh melakukannya”:, dsb

2 - Menerapkan nilai-nilai perwatakan yang baik dalam diri. Misalnya, bertanggungjawab, menghormati orang lain, jujur, ikhlas, boleh diharap, dsb. Sikap ini boleh mengukuhkan laluan ke arah kejayaan.

3 - Mengatasi masalah ketakutan kerana perasaan takut hanya akan mengekang keinginan anda untuk mencuba dan mengambil risiko dalam melakukan sesuatu tindakan.

4 - Pengurusan masa sangat penting dalam mengawal dan memperuntukkan masa yang tertentu bagi usaha-usaha ke arah pencapaian matlamat.

5 - Kerja secara berkumpulan turut menyumbang kepada kejayaan anda. Anda perlu mencari rakan-rakan yang boleh menyokong dan menbantu mencapai impian anda.

6 - Merancang strategi bagi pencapaian matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Pastikan anda jelas dengan proses perlaksanaannya dan tahap-tahap yang harus ditempuhi.

7 - Bertindak segera dengan langkah pertama seperti yang telah dirancang pada awalnya.

8 - Sekiranya ada halangan dalam laluan kejayaan ini, sila beralih ke pelan alternatif atau Plan B dengan pendekatan yang berbeza untuk mencapai ke titik hitam @ kejayaan.

8 ulasan:

SUARA 8 berkata...

Assalamualaikum blogger hebat,

Alamak silaunya background ni, salah pilih pamplete agaknya?

Tujuan saya nak perkenalkan peluang
Rebutlah peluang! Baru dilancarkan..

Anda adalah perintis awal! Fikirkan rangkaian jaringan anda dalam tempoh 2 tahun akan datang! Hanya dengan 2 kaki infiniti..Potensi side income sehingga 4 angka sehari!
Telah terbukti biasanya orang yang berjaya dalam bisnes networking kerana dia mendapat peluang lebih awal dari kita..Kini giliran anda dapat PELUANG AWAL!!

BUKAN ORANG YANG TERLALU PINTAR,HEBAT ATAU KUAT YANG AKAN BERJAYA..TETAPI SIAPA YANG CEPAT SAMBAR PELUANG!!

KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN KEJAYAAN,TAK USAH ANDA FIKIR LAGI, TUNGGU LAGI, MULAKAN LANGKAH KEJAYAAN ANDA DENGAN BERGABUNG BERSAMA KAMI.

"Langkah Pertama Itu Pengharapan, Sedangkan Yang Tidak Melangkah Langsung, TIDAK ADA Harapan. Jom Mulakan Langkah Pertama Anda Sekarang"

Ok ayuh lawati blog saya....!!!

Tanpa Nama berkata...

sapakah ini mempromot MLM ni..hahahaha..Dr tq aaa kasi2 nasihat tadi..rasa release jap ngan masalah2...doakan saya cepat2 la habis study..pening...hahahahah - shah rollah

Dr. Honey berkata...

Tak taulah Shah! Ada orang amek kesempatan plk ni. Tak sangka plak blog baru saya ni glamour gak ya! Sayangnya org yang promote MLM ni cam tak guna psychologi jek, sebab ayat awal dia je dah kutuk layout blog saya....Very discouraging! Ada nak beli barang dia, langsung tak jadi...! hi hi.... (But he did mention "bukan org pintar & hebat je blh berjaya" ...hi hi, dia tak tau ke sekarang ni dah era Knowledge based Economy.!)Veeeery fuuuuunnnny! Anyway, about the advise, you're welcome, dear! Nice to chat with you just now! :-) All the best to you, Shah! Semoga cepat-cepat dapat PhD, dan lps tu boleh contribute pada Jabatan dan Fakulti. Insyaallah!

Dr. Zye berkata...

The MLM promoter was just merely practicing what he preaches :
"BUKAN ORANG YANG PINTAR, HEBAT DAN KUAT AKAN BERJAYA, TETAPI SIAPA YANG CEPAT SAMBAR PELUANG" So, I guess dia tengah SAMBAR PELUANG kat blog you lah ni...:-) hi hi ...

marsha berkata...

Artikel ni bagus sampaikan memulakan Plan kejayaan dalam MLM dlm blog ni. Dia nampaknya pengguna peluang yg baik tapi gagal menggunakan psikologi...hehe disarankan masuk kelas psikologi pengguna (khas utk mereka yg nak buat iklan) sem depan..huhuhu..tapi bak kata Azwan Ali ader aku kesah

Dr. Honey berkata...

Wakakakakaa..........Ader aku kisah!
Cak cak cak cak cak cak cak cak....!
:-)

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha..'ada aku kesah' hahahahahhaha...bila ingat word tuh bukan ingat azwan ali dah..ingat kat dr nora...hahahahahahahhahah adoiii - shah rollah

Dr. Honey berkata...

Dah sinonim ngan I ke Shah? Adus..! But..again..ADE AKU KISAH! CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK..!

Blog Widget by LinkWithin