Jumaat, Jun 26, 2009

Kenapa terlalu berkira?

Dalam kehidupan seharian, kita sering bertanya apa yang kita boleh dapat sekiranya kita bersetuju untuk berbuat sepertimana yang diminta oleh pihak yang lain. Tak kira lah samada yang meminta itu ibubapa kita sendiri ke, suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan atau siapa saja. Kita terlalu berkira tentang faedah yang kita akan dapat daripada bantuan yang kita berikan itu. Sudah hilangkan keikhlasan atau pun istilah-istilah seperti tolak ansur, memberi dan menerima, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, dalam kamus hidup kita agaknya?


Terlalu berkirakah kita dengan kudrat, pengetahuan atau pun kemahiran yang kita ada? Adakah kita dah tak punya masa lagi untuk memikirkan tentang erti kemanusiaan, kepentingan bermasyarakat dan hidup berkasih sayang sesama insan? Dalam skala yang lebih besar pula, kita selalu bertanyakan apa yang kerajaan atau negara boleh berikan kepada kita. Yang anehnya, tidak sekali-kali pula kita bertanyakan apa yang kita pula boleh sumbangkan untuk negara tercinta ini? Apabila masyarakat dah semakin berkira dengan apa yang dia boleh dapat tanpa memberi balik apa yang dia ada, ini yang menjadi masalah!

Kita dah tak jadi sensitif lagi kepada keperluan orang lain, dah tak ada rasa empati dan simpati, dah kurang endah kepada persekitaran dan dah tak peduli lagi kepada apa orang nak kata......Hidup hanya berpusat kepada diri sendiri sahaja tanpa rasa peduli kepada keperluan orang lain..Kita hanya tahu menerima dan terus menerima sahaja apa yang boleh diperolehi dari sesiapa saja tanpa sedikit pun rasa nak memberi atau menyumbangkan sesuatu kepada orang lain, kepada masyarakat, apa tah lagi kepada bangsa dan negara sendiri. Sedangkan apa yang kita ada ini, seeloknya kita kongsi bersama kerana banyak manafaat yang boleh kita perolehi daripada perkongsian ini sebenarnya. Misalnya dari segi harta kekayaan, kita takkan tau banyak mana harta yang kita ada selagi kita tak membelanjakannya kan? Sama lah juga dengan ilmu yang kita ada ni, kita takkan tau sebanyak mana ilmu yang ada selagi kita tidak berkongsi mengenainya dengan orang lain.

Teringat kata-kata hikmat Mahatma Gandhi "Segala keperluan hidup bagi setiap orang sebenarnya adalah memadai tapi ianya tidak pernah cukup bagi orang yang tamak". Fikirkanlah........

3 ulasan:

Unknown berkata...

Hi Dr, suka dengan kata-kata hikmat yg Dr attached kat dlm ni.."segala keperluan hidup bagi setiap org yang sebenarnya adalah memadai tapi ianya tidak cukup bagi org yang tamak"...memang betul sekali...

Unknown berkata...

setuju dengan pendapat Dr bila kita ada ilmu tapi x dikongsi dengan org lain, ilmu kita x kan bertambah, buat apa hidup dengan berkira sesama manusia kan?? ilmu yg ada seciput kalau dikongsi dengan org lain, Insya Allah akan lebih berkat ilmu itu dan Allah akan lipatgandakan lagi ilmu kita tu...amin...

marsha berkata...

personaliti tamak nilah yg menjadikan kita berkira..Tak nak rugi..tak nak org lain lebih.Tiada lagi keikhlasan ingatlah terlalu berkira menghilangkan perasaan Malu.Hidup yg sederhana tanpa perlu meminta-minta itulah bahagia dan kaya sebenarnya.

Blog Widget by LinkWithin