Rabu, Julai 01, 2009

Hargailah selagi masih ada


Sebagai manusia biasa, pastinya kita tidak mampu menilik masa depan.....Berapa lama jangka hayat yang masih ada dan berapa lama pula lagi kita mampu mengharungi hidup ini bersama orang-orang yang kita sayang...Seandainya semua itu kita maklumi, sudah pasti hari-hari terakhir ini akan dipenuhi dengan curahan kebahagiaan yang tidak berbelah bagi pada sidia atau sesiapa saja yang kita kasihi...Malangnya, kita sering meratapi kehilangan orang tersayang apabila dia sudah tiada..... Masa ini lah baru segala kebaikan dibongkar satu persatu. Tiada satu pun yang buruk diperkatakan lagi.Tidakkah ini agak terlambat....? Tidakkah semua ini patut didendangkan semasa dia masih bernyawa?

Hargailah insan tersayang semasa hayatnya masih ada, kerana kita tidak pasti berapa lama masa yang ada...Luahkan segala kasih sayang dan perhatian pada mereka pada setiap masa dan ketika....Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi...! Terutama kepada kedua ibu bapa yang telah melahirkan kita, yang dah bersusah payah berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna. Berbaktilah kepada mereka selagi berupaya dan berilah kebahagiaan kepada sisa hidup yang masih berbaki. Jangan sesekali mengabaikan mereka kerana tanpa mereka, siapalah kita.... Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain....Jangan ambil mudah dengan kasih sayang yang diberikan kerana ianya bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan wang ringgit atau pun harta berjuta....

Cinta, kasih dan sayang, semuanya adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai...Ia bukanlah sesuatu yang dipaksa. Ia datang sendiri dengan penuh keikhlasan dan kesucian hati. Kasih sayang memerlukan pengorbanan dan persefahaman yang amat mendalam....Ada ketikanya ia sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Cukuplah sekadar kita sajikan perhatian dan perlakuan yang membahagiakan mereka.

Demi insan tersayang, hargailah mereka selagi masih ada kerana kita tak pasti berapa lama lagikah masa untuk kita mampu bersama.....

3 ulasan:

MRS SAIDATUL.ANJE berkata...

menyentuh perasaan saya apabila membasa artikel ni..

Dr. Honey berkata...

Jika kita menulis sesuatu yang datangnya dari hati, ia pasti akan menyentuh jiwa sesiapa saje...Betul tak Anje? Ini adalah antara perkara yang sering saya perhatikan berlaku dalam kehidupan kita..Kita suka sangat "take things for granted" kan? Ingat "Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian dah tak berguna lagi...!"

Unknown berkata...

Btl

Blog Widget by LinkWithin