Khamis, Julai 02, 2009

Pemimpin IPT Sebagai Motivator


1. Jadikan diri anda orang yang ceria, bersemangat, dan boleh dicontohi oleh pelajar/pekerja.

2. Hormati hak dan maruah pelajar/pekerja.

3. Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Jika anda menyangka orang lain bodoh atau malas, mereka bertindak seolah-olah bodoh atau malas.

4. Beri perhatian mengenai kebajikan pelajar/pekerja.

5. Beri perhatian dan layan pelajar/pekerja seperti anda melayan keluarga sendiri.

6. Elakkan daripada mementingkan diri sendiri anda dan kurang memberi tumpuan kepada masalah pelajar/pekerja.

7. Beri teguran dengan berhikmah.

8. Beri pujian setiap kali ada peluang untuk berbuat demikian (semua orang dahagakan belaian).

9. Bantu pelajar/pekerja memperbaiki diri apabila mereka membuat kesilapan. Beri kemaafan.

10. Beri bantuan kepada pelajar/pekerja mengikut kemampuan dan kesesuaian keadaan.

11. Kerja yang mustahil dilakukan seseorang mungkin boleh diselesaikan secara berkumpulan.

12. Minta bantuan orang lain untuk menggerakkan pelajar/pekerja.

13. Dengari pelajar/pekerja dan minta nasihat dan pandangan daripada mereka dari semasa ke semasa.

14. Beri peluang kepada pelajar/pekerja untuk berjumpa dan berbincang dengan anda dari semasa ke semasa.

15. Belajar untuk mengingati nama pelajar/pekerja dan tidak bergantung kepada tag nama.

16. Kotakan segala janji.

17. Beri arahan dan maklumat yang tepat kepada pelajar/pekerja.

18. Bertanggungjawab dan bela pelajar/pekerja.

19. Berani meminta maaf jika anda tersilap.

20. Bentuk sentuhan ajaib.

21. Jika sesuai, ragamkan jenis tugasan yang dilakukan oleh pelajar/pekerja.

22. Bentuk suasana belajar/bekerja yang menyeronokkan.

23. Beri mereka peluang bekerja dengan orang yang mereka suka.

24. Selalu nyatakan kepada pelajar/pekerja bahawa mereka adalah mustahak dan memberi sumbangan kepada Universiti.

25. Bantu pelajar/pekerja untuk membangunkan diri.

26. Adakan saingan yang bersesuaian di kalangan pelajar/pekerja.

27. Buat penilaian prestasi kerja setiap pelajar/pekerja secara adil dan telus.

28. Berikan maklum balas mengenai prestasi dari semasa ke semasa.

29. Ingatkan kepentingan kerjasama dan kerja secara sepasukan.

30. Jangan harapkan perubahan serta merta.

31. Sentiasa doakan pelajar/pekerja anda.

Di sampaikan oleh : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

3 ulasan:

MRS SAIDATUL.ANJE berkata...

berminat pulak nak jadi pensyarah..la doctor thank share the information

Dr. Honey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dr. Honey berkata...

You're welcome! Jadi pensyarah ni memang best dan mulia sebab kita menolong orang lain, membangunkan insan, mendidik dia menjadi orang yang berguna dan boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara. Kan mulia tu? Hidup pun insyaallah berkat sebab anak murid pulak sentiasa mendoakan gurunya kan?

Blog Widget by LinkWithin