Isnin, September 03, 2012

Bertemu kembali........Apa khabar semua?

Assalamualaikum.....Lama betul tak menulis kat sini, kan? Ini semua gara2 penangan Facebook yang lebih mendapat tempat di hati saya memandangkan sifatnya yang lebih interaktif dan pelbagai berbanding blog ni. Pada awal blog "Nora Bakry" di buka dulu, ianya konon bakal menjadi blog peribadi untuk saya bersantai-santaian, meluahkan apa yang terbuku di hati, memandangkan saya dah pun ada satu lagi blog (bahasa Inggeris) "DR. HONEY" yang agak akademik sifatnya. Malangnya setelah saya mulakan blog ini, isinya tak lari jauh dari blog yang satu lagi itu, masih dalam mode berpesan2, bagi tips, motivasi dan sebagainya. Mungkin nature profesion saya yang sebegitu, di tambah pula dgn faktor usia, saya tak pandai nak bersantai-santaian dgn isu2 yang ringan macam anak2 muda sekarang ini. Zaman saya dulu zaman diary, di mana segala rahsia hati di luahkan di situ, di sorok dan disimpan untuk tatapan sendiri. Itu yang buat saya agak janggal untuk mendedahkan kesemuanya di sini...agaknya lah...Tapi tak mengapalah...mulai hari ini saya akan cuba menulis apa saja yang terlintas di hati untuk kita kongsi bersama...Sehingga berjumpa lagi.....Daaa....! ;-)

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin