Selasa, September 04, 2012

Hero kah kita?

Jiwa muda memang begitu....rebellious, kata orang putih....Cuma kadang-kadang tu, perlakuan kita tu agak keterlaluan. Dek kerana ketaksuban dan mudah terpengaruh, cepat sangat hilang pertimbangan. Kononnya nak jadi hero...malangnya tak kena gaya....Kadang-kadang kita sendiri pun tak faham hala tuju perjuangan kita tu. Main ikut je, semata-mata nakkan perhatian dan penerimaan (acceptance) dari pihak lain. Kalau betul-betul nak jadi hero, kuasai ilmu tu setinggi mana mungkin. Belajar pandai2 supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi tu. Barulah tak mudah orang nak perkotak-katikkan kita sesuka hati. Ini tidak, bertindak melulu bagai lembu di cucuk hidung, memalukan diri sendiri di khalayak ramai macam orang tak bertamadun....! Masalahnya, dah cukup "hero" kah kita? Orang yang rasional dan matang akan sentiasa mempertimbangkan segala implikasi yang bakal berlaku sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sekurang-kurangnya, fikirkanlah kesan dari perlakuan kita itu kepada perasaan dan air muka ibu bapa kita. Sebab di akhirnya, orang akan tertanya-tanya "Anak sapo la tu kannnn....?" Kesian mak bapak kita tu....Fikir-fikirkan lah ye.....!
Dah cukup "Hero" kah kita dengan perlakuan biadap ini?

1 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Blog Widget by LinkWithin