Kenapa namakan "Nora Bakry"? Apa signifikannya nama ini? Dah takde nama lain ke? Sebenarnya, ini adalah nama timangan saya dan ada nilai sentimental yang tersendiri kerana digabungkan pula dengan nama arwah ayah tercinta. Biar pun bunyinya agak jauh berbeza daripada nama asal, namun ia nama yang diberikan oleh ayah dan ibu, dengan sebab musabab yang saya sendiri kurang pasti asal usulnya. Namun begitu, nama glamour ini pernah dijadikan "signature" rasmi saya pada zaman sekolah dulu dan juga sewaktu di universiti. Saya rasa saya perlu pahatkan nama ini di blog sebagai lambang kasih sayang saya yang abadi pada arwah ayah yang merupakan pendorong utama saya dalam mengejar ilmu dan cita-cita sehingga saya menjadi seperti apa yang beliau impikan pada suatu waktu dulu. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya..Aamin! Al Fatihah.
